Wednesday, August 4, 2010

Saman Ekor: Menteri KDN Dah Bercakap

1. Rakyat 1Malaysia dah mengadu dekat kerajaan bahawa perlaksanaan saman ekor ni memang menyusahkan rakyat 1Malaysia.
2. Nak pergi jumpa sendiri KDN sorang-sorang pasal saman ekor ni memang tak patut, sebab tu ramai yang menulis ke ruangan pendapat di dalam akhbar-akhbar bahawa polis bertindak tak adil dalam melaksanakan saman ekor ni.
3. Kalau kerajaan tak nak bagi rakyat 1Malaysia bercakap hari-hari berkenaan dengan saman ekor ni, dan juga dipolitikkan oleh parti-parti pembangkang, saman ekor ni kena dihapuskan terus.
4. Dalam keadaan ekonomi sekarang yang masih gawat, rakyat 1Malaysia mesti terasa dengan perbelanjaan yang macam-macam kena bayar tiap-tiap hari.
5. Dalam hal saman ekor ni, KDN kena arahkan supaya polis buat sekatan jalan raya dan sesiap yang didapati melanggar undang-undang jalan raya dikenakan saman serta merta. Pemandu terus tandatangan surat saman pada masa tersebut dan tiada lagi soal tiada pemandu yang mengatakan bahawa orang lain yang memandu kereta tersebut pada waktu kesalahan jalanraya tersebut dilakukan.
6. Sekarang Menteri KDN dah buka mulut nak kaji semula saman ekor ni, jangan pula polis buat-buat tak tahu yang menteri mereka dah buka mulut.

1 comment:

  1. Bro satu hal dengan orang Malaysia ni...
    Bila Kerajaan & Polis X layan rayuan, mereka ugut utk tukar kerajaan...

    Bila kerajaan tarik balik keputusan, dia kata flip flop...

    Bila masuk Singapura, pandai pulak "menikus" mengikut peraturan!!!

    Kerajaan perlu tegas dalam mendisiplinkan rakyaat!!!

    ReplyDelete