Monday, August 9, 2010

Perabut Unik Akar Kayu

Perabut-perabut yang unik ini diperbuat dari kayu cengal dan kayu merbau. Kayu-kayu ini merupakan spesis kayu yang bermutu tinggi yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Setelah pokok balak ditebang, tunggul akar yang berusia ratusan tahun diambil, dicuci, dipotong, diukir dan dibentuk mengikut kesesuaian supaya menjadi perabut yang unik.

Antara hasil akhir perabut akar ini adalah kerusi, bangku panjang, meja makan, bingkai cermin, bingkai pintu dan lain-lain lagi.

Sesungguhnya industri sebegini rupa jarang diusahakan oleh orang ramai kerana hanya mereka yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi sahaja yang dapat menghargai apa yang boleh dilakukan untuk menambah nilai barangan yang ditingglkan oleh orang lain.

Hasil industri perabut akar kayu ini berjaya dieksport ke luar negara seperti China dan India.
Sila lawat blog http://ihtwood.blogspot.com/ untuk melihat bentuk perabut yang dihasilkan dan juga untuk membuat tempahan.

No comments:

Post a Comment