Friday, August 6, 2010

Remaja Menjadi Jutawan Dengan Jem Resipi Neneknya

Seorang remaja keturunan Scott, Fraser Doherty telah menjadi jutawan pada usia remaja. Ini adalah kerana ia mendapat resipi bagaimana untuk membuat jem buah-buahan daripada neneknya.

Semuanya bermula pada suatu petang yang hujan kira-kira 5 tahun yang lalu bila neneknya, Susan bercadang mengajar cucunya yang berusia 14 tahun cara bagaimana untuk membuat jem.


Fraser dari daerah Edinburgh, menjual jem yang mula-mula dibuatnya kepada jiran-jirannya. Dia kemuadian membuat lebih banyak jem lagi dan dijual pada beberapa pesta perayaan, seterusnya di pasar-pasar tani.

Fraser berkata ianya sungguh menyeronokkan, dan penghasilan jemnya meningkat kepada seribu botol jem seminggu yang dibuatnya di dapur keci rumah ibubapanya.
Oleh kerana perusahaan kecil-kecilannya meningkat sehingga ibunya tidak dapat ke dapur untuk memasak, ia kemudiannya berpindah ke sebuah kilang di England. Katanya ia merupakan suatu pengalaman yang sungguh menarik kerana semua kejayaannya bermula dari kecil-kecilan.
Sekarang dia membekalkan jem yang berjenama Superjam kepada lebih dari seribu buah pasaraya di seluruh Britain. Sungguh baik bagi seorang remaja berusia 19 tahun yang masih tinggal di rumah.


Idea asal Fraser untuk menghasilkan jem yang sihat sebaik mungkin dengan menggunakan jus grape manis menggantikan gula.
Resipi jemnya disukai oleh pelanggan-pelanggannya. Ia merupakan jem pilihan nombor satu di kebanyakan kedai orang-orang Scott.
Neneknya dan semua ahli keluarganya sungguh gembira di atas pencapaian yang dilakukan oleh Fraser. Kejayaannya menjadi jutawan enterprenur dicatatkan dalam majalah Forbes.

No comments:

Post a Comment