BiLa ILhAmkU TiBa
Monday, August 23, 2010
Antara Ramadhan Dan Syawal
Monday, August 9, 2010
Perabut Unik Akar Kayu
Friday, August 6, 2010
Remaja Menjadi Jutawan Dengan Jem Resipi Neneknya
Sekarang dia membekalkan jem yang berjenama Superjam kepada lebih dari seribu buah pasaraya di seluruh Britain. Sungguh baik bagi seorang remaja berusia 19 tahun yang masih tinggal di rumah.
Neneknya dan semua ahli keluarganya sungguh gembira di atas pencapaian yang dilakukan oleh Fraser. Kejayaannya menjadi jutawan enterprenur dicatatkan dalam majalah Forbes.
Thursday, August 5, 2010
Prejudisnya Mereka
2. Apabila masa berlalu, generasi yang baru tidak lagi mempunyai kesungguhan untuk menjadi penyokong kerajaan walaupun kerajaan yang ada sekarang telah mencurahkan ribuan jutaan ringgit untuk mereka.
3. Sekarang kerajaan sedang menjalankan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 kali yang ke 5 di seluruh negara.
4. Bancian ini kurang mendapat sambutan dari kaum China dan Jabatan Statistik Negara terpaksa meminta bantuan Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Malaysia, Hua Zong bagi membantu melaksanakan bancian ini.
5. Sekiranya sesuatu yang memberi keuntungan dari segi ekonomi, pendidikan, sosial dan politik kepada mereka, mereka akan menggunakan kumpulan pelobi-pelobi mereka bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang mereka hajati sehingga kadangkala mengguris hati masyarakat bumiputera.
6. Kenapa kerajaan terpaksa berlembut dengan mereka?
Wednesday, August 4, 2010
Saman Ekor: Menteri KDN Dah Bercakap
2. Nak pergi jumpa sendiri KDN sorang-sorang pasal saman ekor ni memang tak patut, sebab tu ramai yang menulis ke ruangan pendapat di dalam akhbar-akhbar bahawa polis bertindak tak adil dalam melaksanakan saman ekor ni.
3. Kalau kerajaan tak nak bagi rakyat 1Malaysia bercakap hari-hari berkenaan dengan saman ekor ni, dan juga dipolitikkan oleh parti-parti pembangkang, saman ekor ni kena dihapuskan terus.
4. Dalam keadaan ekonomi sekarang yang masih gawat, rakyat 1Malaysia mesti terasa dengan perbelanjaan yang macam-macam kena bayar tiap-tiap hari.
5. Dalam hal saman ekor ni, KDN kena arahkan supaya polis buat sekatan jalan raya dan sesiap yang didapati melanggar undang-undang jalan raya dikenakan saman serta merta. Pemandu terus tandatangan surat saman pada masa tersebut dan tiada lagi soal tiada pemandu yang mengatakan bahawa orang lain yang memandu kereta tersebut pada waktu kesalahan jalanraya tersebut dilakukan.
6. Sekarang Menteri KDN dah buka mulut nak kaji semula saman ekor ni, jangan pula polis buat-buat tak tahu yang menteri mereka dah buka mulut.
Tuesday, August 3, 2010
Logo Halal Tipu
1. Perbuatan menipu sijil makanan dan logo halal Jakim atau Majlis Agama Islam Negeri sering dilakukan oleh pengusaha-pengusaha makanan bukan Islam yang mengambil kesempatan di atas keperihatinan masyarakat Islam Malaysia untuk mendapat sumber makanan yang halal.
2. Berbagai akta yang digubal bagi memastikan makanan yang disediakan oleh pengusaha-pengusaha makanan agar mereka mematuhi amalan penyediaan makanan agar semuanya mematuhi kehendak syariah, namun sampai ke hari ini terlalu banyak pengusaha makanan yang ingin mengambil kesempatan dengan menipu logo halal ini. Yang terbaharu sila klik sini.
3. Rata-rata pengusaha makanan ini hanya ingin mengaut keuntungan dari industri makanan halal ini namun mereka tidak kisah samada makanan tersebut telah disediakan mengikut kehendak syariah yang sebenarnya ataupun tidak.
4. Kenapa perkara ini terjadi? Makanan halal bukan sahaja dimakan oleh orang Islam di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia.
5. Industri makanan halal begitu besar sehinggakan negeri-negeri luar pun seperti Thailand, Australia, New Zealand, China, India dan banyak lagi negara-negara di dunia ini yang mempunyai jabatan tertentu yang mengawasi, memeriksa dan mengesahkan status halal makanan untuk masyarakat tempatan atau untuk dieksport.
6. Walaubagaimanapun, pengusaha-pengusaha industri makanan perlu betul-betul mematuhi kosher, iaitu undang-undang penyediaan makanan orang Yahudi sekiranya mereka ingin agar orang Yahudi membeli dan menggunakan hasil industri makanan mereka. Kenapa mereka mematuhi undang-undang kosher ini sedangkan jumlah masyarakat Yahudi di seluruh dunia sangat rendah berbanding dengan Orang-orang Islam?
7. Antara jawapannya adalah masyarakat Islam hanya ingin menjadi pengguna sahaja kepada sesuatu barangan. Mereka mengharapkan orang lain untuk menyediakan barangan tersebut dan dengan mempercayai 100% apa yang dinyatakan di bungkusan itu samada ianya tulen atau palsu.
8. Masalah ini tidak ada penyelesaiannya sekiranya masyarakat Islam tidak mengubah personaliti dengan menceburi industri makanan halal yang bernilai ribuan juta ringgit setahun. Hanya mereka yang memahami apa itu hukum halal dan haram dapat menyediakan makanan halal seperti mana yang sepatutnya.
9. Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menggalakkan masyarakat Islam menceburi industri makanan halal. Adakah kerajaan sahaja atau pengusaha-pengusaha kecil?
10. Oleh kerana di dalam agama Islam terdapat hukum fardu kifayah, iaitu sesuatu perkara itu diserahkan kepada golongan minoriti untuk menjalankannya, maka masyarakat majoriti terlepas tugas dari melakukannya.
11. Untuk mengubah pandangan masyarakat Islam tentang hukum fardu kifayah industri makanan halal ini dan juga pentingnya masyarakat Islam menceburi aktiviti perniagaan, maka tugas ini perlu dilaksanakan oleh para ulama dan guru-guru agama kerana pandangan mereka mudah didengar oleh masyarakat kita.
12. Malangnya para ulama di Malaysia hanya ingin membicarakan hal-hal yang berkenaan dengan solat, puasa, haji atau lebih tepat lagi mengenai rukun Islam dan rukun iman.
13. Perkara ini jelas dan terbukti kerana sepanjang hidup kita bagi orang lelaki, setiap hari Jumaat khatib akan membaca khutbah Jumaat berkenaan dengan rukun Islam dan rukun Iman.
14. Mereka mengabaikan hal-hal yang berkenaan dengan kegiatan ekonomi yang menjadi perkara utama yang diminta oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w . Perkara berkaitan dengan penguasaan ekonomi banyak terdapat di dalam al-Quran dan juga hadis-hadis baginda.
15. Jadi pihak-pihak yang bertanggungjawab di Malaysia dan juga mereka yang mengaku diri mereka ulama hendaklah berusaha sedaya upaya mengubah pandangan masyarakat Islam berkenaan dengan aktiviti ekonomi.
16. Bagi mereka yang menyediakan teks khutbah Jumaat perlu menekankan dan dengan berulang-ulang kali menyebut betapa pentingnya penglibatan orang-orang Islam di dalam kegiatan ekonomi. Bukan hanya untuk satu minggu di dalam satu tahun tetapi sepatutnya setiap minggu selama lima tahun.
17. Khatib yang memberi khutbah Jumaat bukan hanya pandai mengajak masyarakat memboikot sesuatu barangan yang dikeluarkan syarikat atau negara yang menghina nabi kita, malah mereka juga perlu pandai mengajak masyarakat Islam agar menyertai dan berperanan penting dalam kegiatan ekonomi.
18. Masyarakat Islam di seluruh dunia menjadi lemah kerana mereka tidak melibatkan diri dengan kegiatan ekonomi sedangkan masyarakat Yahudi yang menjadi minoriti di dunia dapat mengawal dunia kerana rata-rata mereka terlibat dengan kegiatan ekonomi.
19. Begitu juga dengan masyarakat Cina di Malaysia, mereka dapat mengawal ekonomi Malaysia kerana majoriti mereka terlibat dalam kegiatan ekonomi rakyat Malaysia.
Monday, August 2, 2010
Kenapa Produktiviti Perkhidmatan Awam Terjejas?
Untuk meningkatkan ekonomi negara, kerajaan perlu mengkaji semula cuti 2 hari seminggu yang diperkenalkan oleh mantan PM, Tun Abdullah.
Selepas kerajaan melaksanakan cuti 2 hari, pihak bank pun turut melaksanakan cuti dua hari seminggu. Ini mengakibatkan aktiviti ekonomi negara terjejas.
Di bawah adalah petikan dari Utusan Malaysia Online
Penjawat awam ‘curi tulang’ dirakam
PUTRAJAYA 31 Julai - Awas! penjawat awam yang cuba 'curi tulang' dengan menghabiskan masa di kafetaria atau pusat membeli-belah pada waktu pejabat di sini.
Ini kerana gelagat anda akan dirakamkan menerusi kamera kompak oleh anggota dua skuad pemantau dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN).
Skuad yang ditubuhkan itu akan berkeliaran di lokasi-lokasi yang dikenal pasti antaranya Taman Warisan Pertanian dan Alamanda untuk merakam perbuatan seumpama itu.
Pengarah Bahagian Perkhidmatan di JPA, Datuk Dr. Mohd Azhar Yahaya memberitahu, pemantauan itu dilakukan ekoran aduan orang ramai terhadap sikap segelintir pegawai awam yang tidak mematuhi waktu bekerja dan berada di pusat membeli-belah semasa tempoh tersebut.
Waktu rehat bagi sektor awam adalah antara 1 hingga 2 petang sahaja tetapi kelonggaran diberikan kepada penjawat awam yang mempunyai urusan rasmi pada waktu itu.
''Pegawai awam yang ditangkap semasa operasi dilaksanakan akan diambil maklumat peribadi mereka dan dipanjangkan kepada ketua jabatan masing-masing untuk diambil tindakan sewajarnya.
''Ketidakpatuhan waktu bekerja bertentangan dengan Perintah Am 5, Perintah-Perintah Am Bab G Waktu Bekerja dan Lebih Masa 1974.
''Juga, menyalahi Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 serta Tatakelakuan Pegawai Awam di bawah Peraturan 4," katanya dalam surat Edaran JPA 2020 yang dikeluarkan di sini hari ini.
Mohd. Azhar berkata, susulan dari tindakan itu, ketua jabatan diminta menguatkuasakan peraturan mengenai pematuhan waktu masuk bekerja pada sebelah pagi dan tengah hari.
''Mereka juga perlu membuat pemantauan secara berterusan di kantin, kafeteria dan di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan pegawai di bawah seliaan masing-masing," katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Korporat JPA, Nik Noraini Nik Ya berkata, meskipun waktu anjal bekerja diperuntukkan kepada penjawat awam namun ia bukan faktor atau alasan untuk duduk minum di kafetaria semasa waktu pejabat.
''Kita ada tiga waktu anjal bekerja iaitu antara 7.30 pagi hingga 4.30 petang, 8 pagi - 5 petang dan 8.30 pagi - 5.30 petang namun kakitangan tidak boleh sewenang-wenang keluar untuk sarapan pada pukul 9 pagi walaupun anda masuk 7.30 pagi.
''Bagaimanapun di sini, pengecualian tertentu bergantung kepada situasi misalnya jika penjawat awam itu dari kalangan guru. Dengan masa bekerjanya antara 7 pagi hingga 1 petang, takkan skuad berkenaan mahu menahannya atas kesalahan itu jika ternampak dia di Alamanda sekitar pukul 3 petang," katanya.