Monday, August 23, 2010

Antara Ramadhan Dan Syawal

Salam untuk semua,

Sudah lebih dari 10 hari Ramadhan tahun ini berlalu, ramai yang telah bersiap sedia untuk menyambut ketibaan Syawal yang mulia.

Yang di perantauan, tiket sudah dibeli untuk pulang bersama keluarga tersayang.

Ibu-ibu dan isteri-isteri sibuk membeli kuih raya dan baju raya untuk anak-anak.

Ayah-ayah menghantar kereta untuk diservis bagi mengelakkan kenderaan mengalami kerosakan semasa musim raya.

Tetapi saban tahun kita mendengar kanak-kanak mengalami kemalangan semasa bermain mercun dan bunga api. Tahun ini sudah ada mangsanya.

Adakah mereka ingin menjadi kanak-kanak di Palestine yang cacat? Kita semua tahu kanak-kanak Palestine cacat kerana ditembak pengganas zionis. Pengganas zionis bukan sahaja mencederakan kanak-kanak, malah dibunuh. Kejamnya mereka mengalahkan binatang.


Antara Ramadhan dan Syawal memberi banyak kenangan sedih kepada rakyat Malaysia. Ketika umat Islam bertakbir gembira di pagi raya, ada yang berduka menatap mayat insan yang tersayang yang pergi kerana terlibat dengan kemalangan semasa ingin pulang beraya.

Itulah yang terjadi saban tahun di negara kita.....
Selamat berpuasa dan selamat menyambut Syawal yang mulia.....




2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. GVS Malaysia
    was founded with a goal to advance positively alongside the local community and in tandem with the group’s strategic expansion plan that would serve both foreign industries and locals alike

    ReplyDelete